Wednesday, August 31, 2011

Malware menyerang Android

Berhati-hati bagi pengguna Android

Seperti yang kita tahu, Android OS dari Google telah memecah pasaran dalam pembangunan dan penggunaan teknologi OS bagi platform mobil yang sekarang ini kita dpt lihat dalam handphone dan tablet. Android OS telah mengatasi symbian OS dari Nokia dengan begitu drastik. Walaupun begitu, Android kini menjadi sasaran. Mengikut laporan dari Reuters,

Pembuat perisian keselamatan U.S, McAfee berkata bilangan malware yang disasarkan pada peranti Android menlonjak kepada 76% sejak suku lepas tahun ini, menjadikan Android sistem operasi mudah alih paling diserang setakat ini.

"This year we have seen record breaking numbers of malware, especially on mobile devices, where the uptick is in direct correlation to popularity," Vincent Weafer, naib presiden kanan McAfee Labs, berkata dalam satu kenyataan

Unit Intel Corp, berkata dalam satu laporan. Pada suku kedua tahun 2011, berasaskan sistem operasi Google Android, malware melepasi Nokia Symbian sebagai sasaran yang paling popular untuk pemaju malware mudah alih.

Laporan asal dari Yahoo News.



Akan tetapi, bagi kita di Malaysia, ancaman bagi malware seperti ini tidaklah teruk seperti di barat, still ok. Tetapi diaharapnya jangan mudah download software-software dari sumber yang tidak dikenali. Berhati-hati. Anda mampu mengubahnya..:)

p/s: Masih menggunakan s60v5 dalam vivaz saya yang comel ini..:p

Saturday, August 27, 2011

Intenet paling laju didunia dimiliki oleh seorang nenek?.

Sigbritt Löthberg

Sigbritt Lothberg adalah ibu kepada Peter Löthberg yang merupakan bapa networking dinegaranya (Sweden), mempunyai talian internet selaju 40 Gigabyte per second !. Talian intenet paling laju didunia bagi golongan penduduk seperti mereka dan even kerajaan Malaysia pun ade ke talian selaju itu?. Ibunya itu sudah pun berumur 75 tahun.....=_="


"As a network owner we're trying to persuade internet operators to invest in faster connections. And Peter Löthberg wanted to show how you can build a low price, high capacity line over long distances," Laporan dari The Local.

Well, apa yang dapat dilakukan dengan talian selaju itu? Sigbritt akan dapat menikmati 1500 channel HDTV, dan jika masih tidak puas hati, download FULL HD DVD hanya dengan 2 saat??!!. Saya pun mahu !.

Rahsia disebalik kelajuan itu adalah teknik modulasi yang membolehkan data dipindahkan terus kepada Routers yang jauhnya jika mencecah 2000 kilometer antara satu sama lain tanpa sebarang gangguan atau 'intermediary transponders.'


Mengikut laporannya lagi, jarak dalam teorinya, tiada batasan selagi gentian fibre tersebut masih ditempatnya (yang ni saya tidak berapa faham)

"saya mahu menunjukkan iaitu terdapat cara lain dari menggunakan kuprum(cable kita sekarang) atau gelombang radio, yang mana banyak kekurangan berbanding fibre." 
kata Peter Löthberg, sekarang berkerja di Cisco.




Dan ayat yang paling.....
"The most difficult part of the whole project was installing Windows on Sigbritt's PC," said Jonsson.
 
p/s* Malaysia dah pasang fibre optik, tapi kenapa masih SLOW?!


Thursday, August 25, 2011

Artificial Intelligence

 Artificial Intelligence

Okep, entry kali ini just nak masuk part terkeluar sikit dari bab komputer, tapi masih dalam keluarga yang sama, iaitu teknologi!. Anda pernah dengar tentang Artificial Intelligence, atau dalam melayunya kecerdikan buatan?. Mesti anda pernah menonton movie tentang kecerikan buatan ini karya Steven Speilberg. Lihat trailer.


 
Namun, saya bukannya mahu mengulas tentang movie tersebut, tetapi, teknologi yang telah menjangkau kehidupan manusia di abad ini. Defini ringkas yang telah saya dapat tentang Artificial Intelligence ini,

"Artificial Intelligence (AI) adalah bidang sains komputer yang memfokuskan dalam mencipta mesin yang mampu terlibat dalam sifat atau perangai dimana manusia mennganggapnya sebagai kebijaksanaan. Kebolehan untuk mencipta mesin yang bijak ini telah terfikir oleh manusia dahulu kala, dan hari ini, dengan kemajuan komputer dan 50 tahun kajian tentang AI teknik pengaturcaraan(programming), impian untuk mesin yang bijak ini menjadi reality."

Kebolehan AI ini adalah meniru mimik pemikiran manusia, memahami bahasa, malah menyaingi dalam permainan chess. Apabila kita menyebut sahaja tentang komputer, atau sistem didalam komputer, sudah tentu ia melibatkan logik.



Apa yang baiknya dengan AI ini adalah suatu hari nanti, apa yang kita lihat didalam movie, akan menjadi suatu kenyataan. Dan apa yang ditonton dalam movie-movie seperti itu bukanlah satu rekaan semata-mata, tetapi ia adalah 'futuristic thinking'. Bagi kita dizaman ini, ia adalah satu cerita yang menarik.

Sebenarnya, AI ini telah pun digunapakai dalam sistem kita seharian, namun tidak secara menyeluruh, dalam perkilangan yang melibatkan penggunaan robotik, sistem pertahanan, semua melibatkan AI dimana ia mampu membuat keputusan secara logik.

Saya mempunyai pandangan sendiri tentang teknologi ini, andai kata suatu hari nanti, dunia betul-betul akan berubah ke dunia robotik seperti ini, WHAT IF, logik mengambil alih sistem kita akan datang?.

Mungkin akan ada pembaca yang akan fikir saya terikut-ikut dengan movie, tidak apa, saya tidak kisah. Ini hanya pemikiran konseptual saya sahaja. Bill Gates pernah berkata beberapa dekad dahulu bahawa setiap orang akan mempunyai komputer mereka sendiri, dan lihatlah sekarang, tidak cukup dengan komputer, laptop terhasil. Itulah yang dinamakan futuristic thinking. Apa yang kita lihat hari ini, suatu fantasi bagi masa depan. Wallahua'lam.

Saya sediakan beberapa lagi video untuk tontonan:












Tuesday, August 23, 2011

Hindari dari Facebook Hackers.

Facebook Hacking

Entry hari ini saya akan cuba mengulaskan bagaimana Facebook di-hack. Actually saya sendiri tergerak untuk membuat entry ini selepas saya sendiri cuba untuk hack Facebook someone, oleh sebab itu saya menemui pelbagai step macam mana untuk hack, menggunakan software, IP Address, email dan beberapa cara lg. Dan, pada entry ini saya tidak akan mengajar macam mana untuk hack, tetapi hanya sekadar bagaimana anda boleh hindari dari Hackers.

Kita mulakan dari Facebook itu dahulu:

1) Setting Privacy: Hide-kan email anda

Pergi kepada privacy setting > Customize setting > Contact Information (Dibahagian email anda, pilih kepada Custom > Only Me)

Kenapa perlu sorokkan email anda?.
Sesetengah hackers menggunakan software untuk generate password anda, jika email anda sudahpun terdedah, maka bagi dia untuk mendapatkan IP address anda bukanlah perkara susah lagi.

2) Sorokkan IP Address anda

Sebelum itu bagi sesiapa yang masih tidak mengetahui apa itu IP Address, disini saya tunjukkan cara mudah memerika IP anda sendiri. Hanya pergi kepada website http://www.cmyip.com/ dan anda akan dapat IP anda.
Baiklah, bagaimana untuk Hide-kan IP anda, atau menukar IP anda?. Dapatkan software tersebut dahulu disini http://www.mediafire.com/?8azvkwjsayzfwaf
Selepas anda download, akan terdapat satu file patch. Bagi sesiapa yang masih belum mahir mengelakkan file malware ini, anda tidak digalakkan untuk turut menggunakan step ini. Anda juga boleh mengikut tutorial ini.





3) Ubah password anda
Step seterusnya adalah mengubah password anda, bagaimana untuk hasilkan password yang sukar digodam oleh sesiapa?. Ubah dengan menyelitkan password anda menggunakan simbol. 
Sebagai contoh anda boleh lawati website ini http://www.passwordcreator.net/


4) INGAT!!
Jika anda online di cyber-cafe, jgn save password anda semasa login, dan setelah anda selesai sahaja online, selalu clear cache browser anda dan history.


______________________________________________________________________

Terdapat juga hackers yang menggunakan teknik phishing bagi mendapatkan password, iaitu menggunakan interface facebook yg sama akan tetapi, itu adalah FAKE!. Oleh sebab itu bagi mengelakkan masalah ini, masuk dengan menaip semula alamat web tersebut.

Sebagai contoh, difacebook sendiri, banyak link yg di spam ke penggunanya, dan menggarahkan login semula facebook anda menggunakan link yang dihantar. Hati-hati, itu adalah phishing, setelah anda login sahaja melalui link tersebut, password anda telah pun berada dengan mereka.
       
ermmmm..masih ada beberapa cara lagi..tetapi agak mode advance. Diharap anda dapat mengikutinya!

p/s: *tips mudah lain, jangan senang-senang bg password anda kpd sesiapa, 
        even pakwe/makwe anda.
       *masih mencuba beberapa teknik hacking lain!:)
 

Sunday, August 21, 2011

Apple Ipad 3 on 2012.

Apple Ipad 3 on 2012




    Apple merancang untuk mengeluarkan Ipad terbaru, atau Ipad 3 pada October sehingga awal 2012. Menurut satu laporan akhbar menyatakan, "orang ramai telah biasa dengan situasi begini" iaitu desas desus akan keluaran terbaru dari Apple. Bagi edisi Ipad terbarunya ini, Apple berusaha dengan menambah baik komponennya..daann..pembekal komponen tersebut adalah dari Asia, it would be China or Taiwan..

    Dikatakan juga, generasi terbaru Ipad 3 ini dijangkakan akan mempunyai resolusi screen sebesar 2048x1536 pixel berbanding Ipad 2. Ini bermakna, paparan pada screen tersebut akan menjadi lebih jelas dan halus=cantik!.

    Ermmm...overall, selepas kejayaan Ipad dan Ipad 2, saya sendiri merasakan, Ipad 3 akan mempunyai sejarahnya sendiri..:) 

*saya sendiri pon teringin nak beli, tetapi masih bukan keperluan*..=p

Sumber: Berita AFP, Yahoo News.

Sunday, August 14, 2011

Projector 3D yg santek!.

Tengah-tengah saya survey, i found this, projektor ini mmg santek!..


The 600 Years from the macula on Vimeo.

Tuesday, August 9, 2011

Photoshop Malay- Abstract Pixelate.

Tutorial kali ni jom buat proses retouching gambar..:)
*klik pada full screen untuk paparan lebih jelas..



Monday, August 8, 2011

Alam semesta yang mengembang

Alam semesta mengembang

Sejak ala mini wujud melaui ldakan Big bang ia terus mengembang sehingga ke hari ini. Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah az-Zariyat ayat 47 Allah menjelaskan, “Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.”